Monday, 18 November 2013

Berjalan-jalan sambil Belajar

Pada hari Jumaat yang lalu, saya dan kawan sedarjah telah melawat ke Plaza Rivervale. Kami diberi arahan oleh Cikgu Nabilah untuk membawa pensel, pemadam dan botol air. Kami diberi brosur yang mengandungi senarai semak dan latihan bahasa. Kami pergi ke sana dengan menaiki bas sekolah.

Setibanya di sana, kami pergi ke stesen pertama iaitu Kedai Buku. Kami sentiasa membaca arahan yang tertera pada brosur dan mendengar arahan guru setiap masa. Kami berjalan bersama kumpulan kami. Di kedai buku, kami disuruh mencari tiga benda di sana. Kami mencari gam, pemadam dan pena lalu menulis harga bagi benda tersebut.

Setelah selesai di kedai buku, kami ke stesen kedua iaitu kedai baju. Kami disuruh menulis tiga benda yang terdapat di situ. Kami menulis beg, kasut dan blaus serta harganya. Selepas itu, kami pergi ke Pasar Raya NTUC. Di sana juga kami mencari tiga banda dan harganya.

Stesen terakhir kami ialah kedai makan. Kami melihat pelbagai makanan. Kami juga disuruh menulis tiga makanan serta harganya. Setelah kami selesai lawatan tersebut, kami pulang ke sekolah. Kami berasa sungguh gembira kerana dapat berjalan-jalan sambil belajar di Plaza Rivervale.

Taha Firdaus, 1 Beethoven






No comments:

Post a Comment