Pada hari Jumaat yang lalu,
saya dan kawan sedarjah telah melawat ke Plaza Rivervale. Kami diberi arahan
oleh Cikgu Nabilah untuk membawa pensel, pemadam dan botol air. Kami diberi
brosur yang mengandungi senarai semak dan latihan bahasa. Kami pergi ke sana
dengan menaiki bas sekolah.
Setibanya di sana, kami pergi ke stesen pertama iaitu Kedai
Buku. Kami sentiasa membaca arahan yang tertera pada brosur dan mendengar
arahan guru setiap masa. Kami berjalan bersama kumpulan kami. Di kedai buku,
kami disuruh mencari tiga benda di sana. Kami mencari gam, pemadam dan pena
lalu menulis harga bagi benda tersebut.
Setelah selesai di kedai buku, kami ke stesen kedua iaitu
kedai baju. Kami disuruh menulis tiga benda yang terdapat di situ. Kami menulis
beg, kasut dan blaus serta harganya. Selepas itu, kami pergi ke Pasar Raya
NTUC. Di sana juga kami mencari tiga banda dan harganya.
Stesen terakhir kami ialah kedai makan. Kami melihat pelbagai
makanan. Kami juga disuruh menulis tiga makanan serta harganya. Setelah kami
selesai lawatan tersebut, kami pulang ke sekolah. Kami berasa sungguh gembira
kerana dapat berjalan-jalan sambil belajar di Plaza Rivervale.
Taha
Firdaus, 1 Beethoven